
AMPANG - 31 Julai '09: Satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan dalam tempoh 60 hari daripada sekarang ekoran kematian penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman (PAS) yang menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 6:30 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) kerana sakit jantung.
Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un. Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin dan solehah. Amin... Juga takziah diucapkan kepada balu allahyarham, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anaknya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN PAS) Permatang Pasir itu dimasukkan ke IJN beberapa hari lalu bagi mendapatkan rawatan.
Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selewat-lewatnya 10 Ogos ini.
Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain yang kemungkinan akan diserahkan kepadanya selewat-lewat Isnin ini.
ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"
Post a Comment
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!
Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.
Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.