ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Manek Urai: Teka Teki Sudah Terjawab, Kemunduran Menjadi Pilihan



AMPANG - 15 Julai '09: Malam tadi kita semua telah mendapat jawapan teka teki mengenai siapakah wakil rakyat baru DUN N.41 - Manek Urai dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan.

Tidak lari daripada telahan awal saya sebelum ini. Bukanlah mudah untuk meyakinkan mengenai kemajuan dan pembangunan sedangkan ketaksuban rakyat Kelantan terhadap lambang bulan dan warna hijau begitu tebal sekali.

Kemenangan sekali lagi telah memihak kepada calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah yang memperolehi 5,348 undi berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang hanya mendapat 5,283 undi sahaja. BN kalah tipis sejumlah 65 undi sahaja.

Walaupun tewas namun ia masih boleh dianggap satu kemenangan besar buat BN yang telah berjaya mengurangkan majoriti undi PAS. Mohd Fauzi adalah seorang pemborong ikan dan beliau berjaya menang pun umpama "nyawa-nyawa ikan".

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam tadi.

DUN Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos. Seramai 10,631 orang atau 87 peratus telah keluar mengundi semalam. Peratusan yang keluar mengundi sedikit meningkat dan ia satu petanda yang amat baik.

Menang atau kalah adalah adat dalam pertandingan. Ayat ini ayat yang sinonim kita dengar dalam pertandingan. Apa pun syabas dan tahniah kepada yang menang, takziah buat yang kecundang.

Juga syabas saya ucapkan kepada rakyat di Manek Urai yang terus memilih kemunduran daripada kemajuan. Selepas ini janganlah pula ada kedengaran tuntutan terhadap janji-janji BN jika tiada pelaksanaan pembangunan dibuat, setelah orang-orang Manek Urai tidak bersatu mahu memberi sokongan padu kepada BN. Mohonlah kemajuan dan pembangunan daripada wakil rakyat PAS yang baru itu.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers