ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Nizar Tak Mungkin Dapat Bertahan Lama Sebagai MB Perak Yang Sah



AMPANG - Isnin, 11 Mei '09: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah membuktikan mahkamah negara adalah bebas daripada dipengaruhi mana-mana pihak dan tidak seperti yang pernah didakwa pembangkang.

Keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dibuat setelah mengambilkira semua aspek, walau bagaimanapun keputusan ini masih belum boleh dianggap muktamad oleh pihak pembangkang kerana pihak yang kalah (BN) masih dibenarkan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.


Keadaan ini akan lebih menyulitkan situasi pentadbiran kerajaan negeri Perak dan rakyatlah akan menjadi mangsa kemelut politik negeri Perak yang masih belum menemui garis penamat. Keputusan yang dibuat oleh hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim juga merupakan satu tamparan hebat buat Barisan Nasional dan Sultan Perak (institusi DiRaja).


Dalam keadaan sekarang, sungguhpun Datuk Seri Nizar diputuskan sebagai MB Perak yang sah tetapi Dewan Undangan Negeri Perak masih dikuasai oleh majoriti ADUN Barisan Nasional kerana BN mempunyai 28 kerusi dan disokong oleh 3 ADUN Bebas yang keluar dari pakatan pembangkang pada 4 Februari lalu menjadikan 31 kerusi memihak kepada BN malah pembangkang hanya ada 28 sokongan sahaja.


Bermakna keputusan mahkamah ini saya anggap sebagai bersifat sementara sahaja. Pihak pembangkang masih belum boleh menjadikannya satu kayu pengukur dan Datuk Seri Nizar juga mungkin tidak dapat bertahan lama sebagai MB Perak. Jika Datuk Seri Nizar beranggapan beliau mempunyai hak untuk membubarkan DUN Perak dengan segera, ia satu persepsi yang salah dan tergopoh-gapah kerana keputusan baru diumumkan hari ini dan BN masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.


Di samping itu dengan majoriti yang memihak kepada BN di DUN Perak, pastinya BN berhak mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Nizar sebagai MB Perak di dalam persidangan dewan nanti.

Sokongan ADUN seramai 31 orang yang memihak kepada BN secara langsungnya akan memberi kemenangan mudah semula kepada BN di negeri Perak.
Mungkin ini situasi yang amat dibimbangi oleh Datuk Seri Nizar dan kerana itu beliau nampak gelojoh untuk menghadap baginda Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak dengan segera.

Usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Nizar itu akan kembali menjatuhkan kedudukannya sebagai MB Perak yang sah walaupun telah diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. Ini akan membolehkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik semula secara sah sebagai MB Perak menggantikan Datuk Seri Nizar.


ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

7 comments:

Tambahan kepada posting di atas...

Keadaan pasti lebih memihak kepada Barisan Nasional kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker DUN yang baru menggantikan Sivakumar adalah sah mengikut peraturan dewan. Maka Datuk R. Ganesan berhak memanggil persidangan khas DUN Perak bagi membolehkan BN mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Umno masih dalam keadaan denial mode. Hangpa ingat rakyat bodoh sangat ka? Apabila Nizar masih MB, persidangan bawah pokok dikira sah, oleh itu resolusi yang diluluskan dikira sah. Resolusi itu termasuk pergantungan MB Haram hangpa dan exco-exco haram hangpa. Hangpa dah hilang majority. Itu tak termasuk kes sedekah sexs oleh katak dua ekor, yang hangpa kira orang bersih yang dah join hangpa, juga telah digantung, termasuk OKU Hee. Kalau itu pun tak reti, tak payah nak buat propaganda bodoh la. Kesian kat hang.


aku berpendapat ada baiknya atas apa yang diputuskan oleh mahkamah tinggi...selepas ini akan diadakan pilihanraya semula...maka itu lebih adil memandangkan 3 wakil rakyat yang memihak kepada bn adalah tidak wajar kerana mereka mewakili pr semasa pr tempoh-hari...maka jika selepas ini rakyat masih memilih mereka.. barulah dikira mereka itu sebagai pilihan rakyat....
kalau tak silap aku...mahkamah telahpun membuat keputusan...bahawa rayuan telahpun ditolak(apa yang aku dengar dari berita radio era jam 5 petang tadi...)
aku jugak berpendapat...selagi DUN tidak dibubarkan selagi itu jugak segala macam kekecohan akan berlaku...ini bukan soal siapa betul siapa salah...tetapi ini adalah persoalan kebajikan kepada rakyat...


Sikap penyokong pembangkang seperti PutraMerang mencerminkan sifat ketaksuban melampau yang sukar dibentuk. Kepimpinan yang gelojoh dan tidak profesional di pihak pembangkang melahirkan barisan penyokong atau pewaris yang juga mudah melatah dan tidak demokrasi apabila orang lain menyatakan pendapat.

Sikap tidak boleh menerima pandangan orang lain jelas diperlihatkan oleh golongan taksub pembangkang. Komen PutraMerang disiarkan supaya orang lain dapat menilainya, sementara komentar daripada seorang lagi penyokong taksub bernama Romeo001 tidak disiarkan kerana bahasanya tidak berkualiti malah tiada isi selain kekasaran ayat.

Harap maklum, di sini kita membicarakan sesuatu yang mampu menjuruskan manfaat buat semua dan semua pendapat wajar diajukan secara pertimbangan yang rasional.


Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu pencacai PR akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah pencacai PR akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!


BHM...

Ko tak balas hujah PutraMarang. Yang ko hujah tu
kosong cuma rintihan semata2.

Hang balas hujah aku ini..

Betulkah Mahkamah tadi melucut atau dalam bahasa
hang perambat Zambri dan 6 Exco dari jawatan mereka? Kalau betul , atas dasar apa Hakim buat
keputusan ini?

Boleh kah aku katakan atas dasar keputusan Speaker masa sidang bawah pokok? dan termasuk
dalam sidang 7hb lalu dimana awal2 lagi Speaker
melarang mereka2 ini masuk dewan?

Jangan pulak ko hujah kosong bahawa sidang pokok tak sah. Sebab dewan tak diberi dan dikawal oleh samseng2 Umno. Betul kan.


JJB...

Mahkamah sudah buat keputusan atas dasar tidak berlaku undi tidak percaya ke atas Nizar dlm sidang dewan. Org UMNO dan BN mudah faham bahasa dan hormati keputusan tp PAS, PKR dan DAP saja yg sukar nak terima hakikat sebab itu mereka gemar mengamalkan undang2 rimba sehingga membuat kacau menyusahkan rakyat dan memalukan negeri dan negara.

Mengajar org yg tidak faham lebih mudah tapi org yg berlagak terlebih faham tersangatlah susah. Apabila mahkamah mengarahkan pejabat dikosongkan kepimpinan UMNO dan BN tidak seperti pembangkang malah akur.

Usul di bawah pokok memanglah tidak sah. Manusia ada tempat khas (dewan yg mulia) utk bersidang. Kalau nak kata dihalang, kenapa tak fikir ketika itu siapa kerajaan memerintah? Cuma speaker DUN saja drp pembangkang dan tidak mendapat perkenan Sultan Perak pula. Hidup ini ada peraturan dan undang2 bukan mengikut undang2 rimba.

Semasa 7hb Mei baru2 ini tentulah BN mengetuai sidang DUN Perak kerana majoriti memihak kpd BN dan ketika itu mahkamah belum membuat keputusan lagi. Rasanya perkara semudah itu tidak perlu disusahkan benak fikiran utk memahaminya. Apakah benar pembangkang suka memutarbelit pantang ada keputusan yg memihak kepadanya?


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers