ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

ADUN Lembah Jaya Kelirukan Rakyat, Cuba Tutup Kepincangan PAS



AMPANG - Jumaat, 15 Mei '09:
Kenyataan ADUN Lembah Jaya, YB Khasim Abdul Aziz semalam seperti yang disiarkan Harakahdaily mengenai kemasukan 50 ahli UMNO kawasan Ampang yang menyertai PAS baru-baru ini hanya satu tipu helah untuk mengelirukan rakyat kawasan Ampang. Saya menganggap ia tidak lebih hanya satu propaganda yang cuba dimainkan oleh PAS kawasan.


Mengikut apa yang saya faham dan juga telah saya maklumkan hal ini kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin semasa mengadakan pertemuan singkat di pejabat beliau di Bukit Damansara pada 12 Mei baru-baru ini, saya menyatakan rasa dukacita dengan kedudukan keahlian UMNO kawasan Ampang bagi sesetengah cawangan.

Ini kerana ada sesetengah ahli telah jelas menyokong parti lawan dan menganggotai parti lawan tetapi keahlian mereka di dalam UMNO masih belum dibatalkan kerana tiada laporan dan tiada tindakan susulan dibuat oleh pengurusan bahagian kepada majlis tertinggi parti. Keadaan ini meletakkan mereka menjadi ahli kepada dua parti dalam masa yang sama.

Keahlian UMNO seluruh negara yang disebut sejumlah hampir 4 juta orang ada kemungkinan termasuk keahlian yang sudah tidak aktif lagi. Jika dibuat semakan semula saya percaya sekurang-kurangnya sepuluh hingga dua puluh peratus daripadanya mungkin sudah layak dibatalkan kerana menyertai parti lawan.

Penyertaan 50 ahli UMNO yang dihebohkan pemimpin PAS itu kemungkinan besar adalah mereka yang sudah lama tidak aktif ekoran kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada 1998 dahulu dan keluar menjadi pengikutnya. Kebanyakan mereka adalah penyokong Ketua Umum PKR itu sehingga kini.

Sebilangan besarnya ada yang sudah menyertai PKR setelah parti itu ditubuhkan dan sebahagian lagi terumbang ambing tidak menyertai mana-mana parti sehinggalah baru-baru ini mengambil keputusan untuk menyertai PAS seperti yang didakwa oleh ADUN Lembah Jaya itu. Mereka itu ialah parasit atau kulat-kulat yang mencemarkan nama baik UMNO.

Kesemua mereka dan sebilangan lagi masih tidak dipecat sebagai ahli UMNO dan keanggotaan yang tidak aktif inilah yang cuba dipropagandakan oleh pemimpin PAS tersebut. Ini satu perkara penting yang tidak harus terlepas pandang oleh pengurusan UMNO Bahagian Ampang dan juga jabatan keahlian di Ibupejabat UMNO.

Saya tidak menolak kemungkinan selama ini kes-kes yang sama juga berlaku di mana-mana sahaja. Ini disebabkan kelemahan dan kecuaian pengurusan yang berpunca di peringkat cawangan dan bahagian yang tidak membuat semakan dan pemantauan. Apabila tiada laporan dan kemaskini dibuat kepada Ibupejabat UMNO maka keahlian yang tidak aktif itu tidak dapat dibatalkan dengan segera.

Oleh itu semua ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua bahagian wajar memastikan ahli-ahli di bawah cawangan dan bahagian mereka kekal aktif dan taat setia menyokong perjuangan parti sepanjang masa. Jika berlaku keahlian yang tidak aktif dan menerima laporan berserta bukti mana-mana ahli yang belot menyokong parti lawan maka laporan wajib dimajukan segera kepada pihak majlis tertinggi parti.

Sikap lebih bertanggungjawab, peka dan prihatin akan hal-hal sedemikian oleh cawangan, bahagian dan jabatan keahlian UMNO amatlah penting bagi memastikan tiada ruang untuk pihak lawan menjadikan isu keahlian ini satu propaganda.

ADUN Lembah Jaya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Ampang turut menempelak UMNO sebagai sebuah parti yang berpenyakit kanser kronik tahap empat. Kata beliau perjuangan berdasarkan kaum sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang dengan membandingkan PAS hari ini sudah menjadi sebuah parti untuk semua kaum.

Kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya mencemarkan parti mereka sendiri kerana apa yang diketahui umum PAS ialah sebuah parti Islam dan dasar penubuhannya adalah untuk keahlian umat Islam sahaja.

Pada 13 Mei lepas Malaysiakini ada melaporkan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menangguhkan keahlian bersekutu (ahli bukan Islam) kerana takut dikecam oleh UMNO.

Hari ini pula Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Mujahid Yusof Rawa memberitahu Malaysiakini untuk tidak membenarkan PAS melengahkan penyertaan bukan Islam. Ia memberi gambaran bahawa kepimpinan PAS tidak sepakat dan tidak sefahaman sejak kebelakangan ini disebabkan telah berpecah kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan ulamak dan kumpulan erdogan.

Maka kenyataan ADUN Lembah Jaya mengatakan UMNO ibarat kanser kronik tahap empat sebenarnya satu helah untuk mengalih pandangan rakyat di kala PAS sendiri sedang alami penyakit kanser kronik tahap empat kerana di dalam PAS berlakunya banyak percanggahan pendapat sejak akhir-akhir ini.

Sebelumnya Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP juga saling bercakaran antara satu sama lain dan berselisih faham. Isu calon pilihan raya kecil DUN Penanti adalah sebagai bukti yang jelas apabila PAS pusat dan PAS negeri tidak sefahaman serta bertelagah dengan PKR dan DAP ekoran peletakan jawatan bekas TKM 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 16 April lalu.

Kenyataan ADUN Lembah Jaya ini ibarat "kata dulang paku serpih, kata orang mereka yang lebih". PAS perlu merawat penyakit kanser kroniknya sendiri dan biarkan UMNO mencari penawarnya sendiri.

Seorang pemimpin yang merasa lebih memahami dan menjiwai Islam wajar menjadi contoh yang baik untuk diteladani oleh pengikutnya. Elak daripada mengeluarkan kenyataan yang berunsur tipu helah dan mencipta propaganda dengan niat mengelirukan rakyat kerana ia satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

Hipokrit adalah bahasa moden, munafik ialah bahasa Islam. Mengadakan pembohongan dan tipu helah itu adalah sifat-sifat nyata seorang manusia yang munafik.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

1 comments:

Pemimpin PAS ini tidak dikenali di Ampang kerana tiada sebarang usaha dilakukan untuk membantu rakyat Ampang sejak menang DUN Lembah Jaya. Propaganda ini sengaja dibuat untuk dikenali.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers