SUNGAI PETANI, 21 April (Bernama) -- Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusoff akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah yang disandangnya sejak 2006 bagi menumpukan perkhidmatan di peringkat pusat.
Beliau berkata Ketua Puteri Negeri yang baru akan diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak lama lagi.
"Saya harap pengganti saya akan mampu meneruskan tanggungjawab terhadap Puteri UMNO Kedah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Shahanim yang juga Ketua Puteri Bahagian Sungai Petani dipilih sebagai Naib Ketua Puteri UMNO pada Persidangan Perwakilan Umno 2009 yang baru lepas.
-- BERNAMA - Pautan asal di sini.
April 23, 2009 at 5:18 AM
Cerminan sikap yg positif yg ditunjukkan oleh golongan muda (sayap parti) yg tidak tamakkan jawatan. Syabas kpd Naib Ketua Puteri UMNO yg baru. Semoga lebih komited terhadap tanggungjawab yg diamanahkan.
Post a Comment
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!
Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.
Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.