ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Nizar Berbohong Kepada Rakyat Isu Camry



AMPANG - Jumaat, 24 April '09: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah jelas berbohong kepada rakyat mengenai isu 16 kereta Camry yang mahu dilelong oleh kerajaan baru BN negeri Perak.


Hari ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mendedahkan harga sebenar Toyota Camry semasa kerajaan pakatan pembangkang membelinya pada Februari lalu ialah RM158,000 sebuah.

Nizar sebelum ini berkata Toyota Camry dibeli dengan harga RM96,000 sebuah semasa di bawah pentadbirannya dengan membandingkan Proton Perdana V6 yang dikatakan berharga RM102,000.

Saya telah membuat komentar di bawah posting berkenaan menasihati Nizar agar tidak berbohong kepada rakyat dan harus bertanggungjawab atas setiap kenyataannya di akhbar mengenai perkara itu.

Komen saya pada posting...
Kerajaan Perak (BN) Kembali Guna Proton Perdana.


BHM - April 23, 2009 6:53 AM

Kenyataan Nizar yg mengelirukan rakyat.

Bekas MB Perak DS Nizar kata Camry hanya RM96,000 sebuah berbanding Perdana V6 yang berharga RM102,000 sebuah.

Drp mana beliau memperolehi harga Camry serendah itu? Apa yg kita tahu semasa pelancaran Camry harganya sudah RM140,000 dan kini RM175,000 sebuah. Adalah mustahil Toyota sanggup memberi diskaun yg tinggi (RM44,000 sebuah) sehingga harganya jatuh terlalu rendah ke paras RM96,000 sebuah. Lebih2 lagi dgn nombor pendaftaran khas yg perlu ditender dgn pihak JPJ.

Mungkinkah kerana kerajaan Perak ketika di bawah kepimpinan Nizar membeli pukal 16 unit Camry maka Toyota mempertimbangkan harga istimewa kpd beliau? Rasanya tidak mungkin. Jika pasti ada dan beliau mahu mempertahankan kenyataan beliau itu kita harap DS Dr Zambry MB baru Perak dpt mendedahkan bukti supaya rakyat tidak keliru.

Semoga DS Nizar tidak bercakap semberono sesuka hati malah setiap kenyataan beliau di akhbar perlu dibuat dgn rasa bertanggungjawab untuk tidak mengelirukan rakyat. Jauhi sikap berbohong kpd rakyat.

Mendukacitakan kita apabila pemimpin PAS seperti Nizar terus berbohong dengan niat mengelirukan rakyat. Sikap dan tindakan beliau tidak bertanggungjawab. Pemimpin PAS dikenali suka berselindung di sebalik kesucian Al-Qur'an dan Hadis tetapi jelas munafik.

Apa yang berlaku ini sebenarnya menjejaskan kesucian agama Islam di mata penganut-penganut agama lain khususnya di negara kita. Berbohong kini menjadi satu kemestian oleh pemimpin-pemimpin PAS demi kepentingan politik dan kuasa.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

4 comments:

Assalamualaikum/ saya di fahamkan bahawa setiap kenderaan yang di beli oleh kerajan di kecualikan daripada cukai/oleh itu manusabahlah harga rm 96,000 itu sebagaimana yang dimaksudkan oleh YB Nizar/ mungkin harga rm 158,000 itu adalah harga sebelum cukai/ oleh sebab itu di rasai lebih baik kita menyemak dahulu fakta sebenar sebelum di hujahkan untuk mengelak daripada MEMFITNAH/ disanya ALLAH sahaja yg maha mengetahui/ Wallahualam


Assalamualaikum w r t/ mengikut apa yang saya difahamkan bahawa pembelian setiap kenderaan kerajan di kecualikan daripada cukai/ harga rm 96,000 itu adalah harga manusabah setelah di tolak cukai/ oleh sebab itu harga 140,000 itu adalah harga pasaran/ di harap kita menyemak dahulu fakta sebelum nanti kita di katakan sebagai burung kakak tua dengan mengikut kata2 tuan nya/ maaf/ Wallahualam


Brother.Periksa angka saudara tu. RM140,000 tu untuk versi 2000 cc.RM 175,000 tu unryk versi 2400 cc. Jangan nak menerkam aja. RM96,000 mungkin ada benarnya jika import tax tidak diambilkira,dan diskaun istimewa. Batu Pecah pun orang sanggup beli dengan harga RM40,000.Inikanpulauntuk bagi diskaun pada pendokong rakyat. Kalau aku jadi tauke kereta tu,aku bagi RM50,000 saja.


W/salam karra dan salam PutraMerang...

Tidak wajar kita menolak fakta dari sumber pejabat Menteri Besar sendiri. Tindakan saudara2 cuba twist cerita utk melabel org lain memfitnah lebih berat dosanya sedang yg munafik cuba dipertahankan. Jika tidak benar mustahil DS Dr Zambry Abd Kadir berani menyatakan seperti berikut...

IPOH, April 24 (Bernama) -- Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said today that the decision to auction off 16 Toyota Camry cars, which were purchased by the previous state government of the DAP-PKR-PAS coalition, would not be a loss to the state government.

He said the opening price for the vehicles was RM148,000, which is the current market price, but added that bidders might bid at a higher price for the cars, which were bought for RM158,000 each.


Pautan cerita di sini.

Toyota Camry yg dimaksudkan itu ialah 2.4 yg saudara nilaikan sbg RM175,000 bermakna lebih tinggi lagi drp apa yg saya nilai cuma RM140,000 shj. Mustahil cukai eksais mencecah RM44,000 - RM79,000 sebuah dan diberikan pelepasan sepenuhnya. Ada baiknya sama2 rujuk fakta. Suatu ketika saya pernah terlibat secara langsung dgn industri automotif maka saya tahu apa yg saya perkatakan.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers