ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Mengulas "Demonisation" Tulisan Terbaru Che Det



Mengulas tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad di blog beliau yang mendedahkan komplot zalim dan kejam media luar Perancis, Britain dan Australia yang membawa mesej yang sama mengecam YAB Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai korup dan dikaitkan dengan kes pembunuhan dilihat bukan satu kebetulan malah ianya satu perancangan yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu yang kecewa.

Kita sedar dan tahu ini angkara siapa. Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang harus ditaati dan dihormati oleh semua orang tanpa berkecuali. Pencabulan ke atas undang-undang dan perlembagaan negara membolehkan seseorang itu diambil tindakan tegas di bawah peruntukan kuasa-kuasa yang sedia termaktub tanpa kompromi.

Pakatan pembangkang seolah-olah sengaja mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara dengan agenda menghasut semua pihak sehingga tergamak membabitkan media-media luar untuk campurtangan berkait hal-hal dalaman pentadbiran negara. Usaha terdesak mengutuk dan memburuk-burukkan kepimpinan baru negara dianggap sebagai sikap tidak bertanggungjawab yang keterlaluan ekoran tamak dan gilakan kuasa oleh individu tertentu.

Demi keamanan dan kemakmuran negara, kerajaan tidak harus mengambil sikap berdiam diri. Tindakan tegas wajar diambil ke atas individu yang sengaja mewujudkan situasi porak peranda dan menjejaskan imej baik negara. Komentar tegas saya mengenai isu ini wajar difikirkan...

DEMONISATION

By BHM on April 21, 2009 2:29 PM

Salam Tun Dr M dan semua bloggers,

Cetusan idea terdesak pembangkang (didalangi DS Anwar) yang berkomplot membabitkan media-media luar negara untuk memburuk-burukkan kepimpinan negara sendiri adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Hanya kerana beliau gagal dan kecewa tidak dapat merampas kerajaan persekutuan, Anwar tergamak melakukan apa saja untuk menyerang keperibadian Perdana Menteri baru (DS Najib) demi kepuasan beliau sendiri.

Tahap ini sudah boleh dianggap serius dan ketua pembangkang itu sewajarnya diambil tindakan tegas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan beliau ditahan demi keamanan dan kemakmuran negara. Kerajaan telah lama berkompromi tetapi sikap keterlaluan beliau yang telah sengaja memperalatkan media-media luar untuk mengecam kerajaan Malaysia dan melemparkan tuduhan liar ke atas DS Najib tanpa bukti kukuh adalah satu pengkhianatan yang besar dan jelas.

Kita semua tahu ini angkara DS Anwar. Keterdesakan beliau menggunakan media-media luar adalah bertujuan untuk meyakinkan penyokong-penyokong beliau seolah-olah DS Najib memang benar-benar bersalah terhadap semua tuduhan jahat tersebut. Mungkin media-media pembangkang dan blog-blog kumpulan mereka masih belum cukup memberikan impak negatif terhadap DS Najib sebab itulah DS Anwar memperalatkan media luar negara.

Campurtangan media asing dalam pentadbiran negara kita hanya mengundang imej dan prestasi buruk di kacamata dunia. Perkara ini tidak harus didiamkan oleh DS Najib dan beliau perlu tampil membuat penjelasan bagi menjawab setiap pertuduhan demi membersihkan nama baik beliau sebagai Perdana Menteri yang kini menerajui kepimpinan negara.

Rakyat Malaysia harus sedar dan insaf dengan tindakan demi tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan DS Anwar untuk memburuk-burukkan negara sendiri demi kuasa politik beliau. Janganlah kita ikut bersekongkol merelakan campurtangan negara asing dalam menyelesaikan kemelut politik negara sendiri umpama kita bangsa yang tidak bermaruah dan tidak cerdik mengatasi masalah dalaman negara.

Memberi ruang media asing menghentam dan mengecam kita samalah ibarat membuka peluang kepada mereka untuk sekali lagi menakluki minda kita malah mengundang satu bentuk penjajahan baru ke atas Malaysia. Jadilah rakyat dan bangsa Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan cintakan tanahair sendiri. Berfikirlah kita secara lebih matang dan tidak wajar kita bertindak berlandaskan emosi hanya kerana tamak dan gilakan kuasa politik.

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Semoga pihak berkuasa memandang serius isu ini dan tidak bertolak ansur di dalam perkara-perkara yang boleh mengundang perpecahan di kalangan rakyat. Ketidaktegasan kerajaan menangani isu seperti ini akan mengelirukan rakyat yang tidak tahu menahu hujung pangkal cerita sebenar. Pendekatan berdiam diri hanya memberi petunjuk kita sebagai sebuah kerajaan yang lemah.

Oleh itu, kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak turut digesa membuat bantahan kepada kedutaan-kedutaan negara berkenaan dengan amaran yang lebih tegas demi kerukunan dan keharmonian hubungan dua hala. Kebebasan media tidak sepatutnya dibiarkan melampaui had dan batasan sebaliknya harus berlandaskan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pemimpin pembangkang yang telah mendalangi perkara ini. Kebebasan media tidak wajar disalahgunakan oleh sesiapa.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

2 comments:

Isu telah dibiarkan berpanjangan oleh DS Najib. Rakyat ingin melihat keberanian beliau dalam menangani tohmahan dan fitnah terhadapnya.

Selagi beliau mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan tegas dan keras, rakyat akan percaya hal-hal yang dituduh ke atasnya bukan lagi fitnah dan tohmahan.

Bukan kerajaan yang menjadi sasaran utama isu ini tetapi DS Najib secara peribadi. Namun begitu ianya juga mengakibatkan imej buruk terhadap kerajaan Malaysia dan rakyatnya. Adalah menjadi kewajipan DS Najib sebagai PM mempertahankan Negara dan Rakyat dari apa jua serangan, selari dengan slogan rakyat diutamakan.


Najib tidak perlu membuat apa-apa kecuali tanggungjawab beliau terhadap projek pembangunan negara perlu dilaksanakan seratus peratus.

tetapi saya mempercayai malaysia mempunyai dilemma iaitu. sbg contoh : pengumuman projek yg bernilai berbillion, tetapi pada akhirnya kerja yg telah siap seakan bernilai cuma 50% dari budget asal.

kesimpulan : pada pandangan saya, projek pembangunan malaysia dlm tahap pencapaian cuma seakan-akan 50 peratus sahaja. Malaysia belum layak lagi pertahankan diri dalam isu kritikan luar negara sedangkan diri-sendiri masih belum matang..


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers