ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Masalah Obesiti Semakin Serius - Kata Ketua Pengarah Kesihatan



Malam tadi saya masuk tidur agak lewat selepas membuat posting terakhir pada jam 2:15 pagi. Saya cuba melelapkan mata tapi tak dapat tidur dengan lena kerana kaki kiri yang terseliuh petang semalam semakin berdenyut.

Ketidakselesaan membuatkan saya gelisah. Sekejap pusing ke kiri, sekejap pusing ke kanan tapi masih juga serba tak kena. Saya pun bangun semula dan melihat jam menunjukkan tepat 3:30 pagi.

Saya terus ke bilik air membasuh muka dalam keadaan terhencut-hencut, kemudian ke dapur membancuh secawan nescafe panas. Sambil menikmati nescafe panas di ruang tamu, saya membuka siaran radio FM 87.70 dan terdengar berita RTM jam 4:00 pagi.

Berita yang dilaporkan RTM agak menarik perhatian kerana ia mengenai masalah obesiti (kegemukan) yang semakin serius menurut kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau bercadang membuka kertas kerja untuk kajian mengenainya bagi mengatasi masalah kegemukan di kalangan rakyat. Kertas kerja cadangan itu akan dibentangkan secepat mungkin, menurut beliau.

Saya tersenyum sendirian kerana tiba-tiba terlintas di benak saya, wajah Timbalan Menteri Kesihatan yang baru, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Bukan kerana senyum sinis untuk menyindir beliau tetapi isu ini tidak wajar dianggap remeh sebaliknya ia satu hakikat yang terjadi dalam keadaan semasa.

Ini masalah kesihatan yang selalunya kurang diambil peduli oleh masyarakat.

Gemuk sinonim dikatakan orang sebagai sihat kerana hati senang. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar kemungkinan benar tapi bagi kita orang dewasa ia merupakan satu penyakit atau masalah kesihatan yang serius yang disebut obesiti. Masalah ini boleh menjurus kepada berbagai penyakit-penyakit sampingan yang lain jika tidak diatasi segera.

Susuk saiz rangka badan seseorang haruslah seimbang dengan berat dan ketinggian. Carta indeks seperti ini boleh didapati di mana-mana klinik, pusat kesihatan, hospital atau juga di kedai-kedai buku. Sudah pastilah lebih senang diperolehi di Kementerian Kesihatan. Saya juga sentiasa menyimpannya.

Baru-baru ini pada 9 April, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan anggota jemaah menteri dan timbalan menteri bagi kabinet baru beliau. Salah seorang muka baru yang tersenarai ialah Ketua Puteri UMNO yang baru, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dari Sabah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Saya kurang pasti samada Perdana Menteri benar-benar telah meneliti keputusannya dengan baik ataupun tersalah meletak Rosnah di Kementerian Kesihatan. Pada pandangan saya secara ikhlas, Ketua Puteri itu tidak sesuai menduduki kerusi Timbalan Menteri Kesihatan kerana masalah obesiti yang dihidapi beliau. Ini satu contoh kurang sihat di kacamata rakyat.

Sebagai orang nombor dua di kementerian berkenaan, penampilan diri pada zahirnya juga memainkan peranan penting bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa pemimpin mengamalkan hidup yang sihat secara zahir dan batin. Masalah kesihatan dalaman mungkin boleh disembunyikan tetapi yang nyata tetap jelas kelihatan.

Rosnah tidak memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai sihat bagi mewakili Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan kempen-kempen kesihatan kepada rakyat.

Ketrampilan diri satu keutamaan yang harus dititikberatkan oleh pemimpin yang terlibat dengan kementerian ini. Sebagai pemimpin di Kementerian Kesihatan penampilan diri adalah contoh terbaik untuk ditonjolkan kepada rakyat dan bukan untuk dipandang sinis oleh rakyat apabila pemimpin berkempen isu-isu mengenai kesihatan.

Anggaplah pandangan saya sebagai satu teguran yang membina kepada yang empunya diri mahupun kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau. Kita tidak mahu Timbalan Menteri Kesihatan yang baru ini merasa tertekan ketika melaksanakan tanggungjawab beliau di kementerian tersebut.

Di peringkat awal mungkin ia belum mendatangkan apa-apa kesan atau tekanan tetapi lama kelamaan jika selalu dipandang sinis atau mungkin sehingga ditertawakan selalu sudah pasti beliau akan merasa kurang selesa berurusan dengan kakitangan dan orang ramai. Secara tidak langsung boleh menjejaskan tanggungjawab beliau.

Lebih-lebih lagi setelah pembentangan kertas kerja yang dicadangkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan yang mahu menangani masalah kegemukan ini dengan lebih serius sepertimana yang dilaporkan.

Sekurang-kurangnya Perdana Menteri meletakkan seorang pemimpin yang tidak terlalu obes dan tidak pula terlalu kurus sebagai timbalan menteri di kementerian berkenaan. Kredibiliti kementerian juga harus dijaga untuk meyakinkan rakyat.

Sebagai seseorang yang terbabit secara langsung dalam kempen-kempen kesihatan maka saya dengan ikhlas merasa bertanggungjawab untuk memberi pandangan peribadi ini demi kebaikan bersama.

Diri sendiri adalah contoh yang terbaik untuk kita tampilkan kepada orang lain. Masalah dalaman masih boleh disorok tetapi zahir tidak mungkin dapat disembunyikan.

Jika mesej ini dibaca atau terbaca oleh mana-mana pemimpin harap dipanjangkan nasihat dan teguran ikhlas yang membina ini kepada Timbalan Menteri Kesihatan dan juga Perdana Menteri. Pandangan ini tiada sebarang niat memperkecilkan sesiapa tetapi jika sudi mahu mendengarnya maka terimalah ia seadanya.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

2 comments:

salam...
teguran membina tak salah. apa yg disuarakan mmg benar. hrp ds najib dpt membuat rombakan kecil. saya setuju ttg perkara ini.


Terima kasih. Begitulah harapan kita. Teguran yang membina daripada akar umbi kadangkala perlu didengar untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers