ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Komen Di Blog Tun Dr Mahathir Mengenai Kabinet Baru



Pada 16 April, 2009 Tun Dr Mahathir menulis mengenai barisan kabinet baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di blog beliau. Saya turut mengambil peluang memberikan sedikit pendapat mengenai konsep "1Malaysia" yang dibawakan Perdana Menteri baru kita.


Di bawah ini saya buatkan salinan semula untuk disiarkan di blog ini. Pada dua perenggan terakhir saya menyentuh sedikit mengenai konsep "1Malaysia" yang dibawa oleh Perdana Menteri baru kita.

The New Cabinet Line-Up

By BHM on April 16, 2009 5:24 PM

Salam Y.Bhg Tun yang dihormati,

Sungguhpun saudara YB Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam kabinet baru ekoran dikaitkan dengan politik wang semasa pemilihan parti bulan lalu tetapi masih terdapat beberapa pemimpin yang tidak berapa bersih dalam senarai kabinet baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tidak mahu menyebut siapakah orangnya tetapi saya percaya Tun lebih tahu kerana Tun sendiri telah katakan sebelum ini bahawa ada seorang dua masih juga terlepas dan disenaraikan.

Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru kita diharap dapat dilaksanakan secara berkesan dan bukan sekadar omong kosong atau retorik sahaja. Ini dibimbangi akan mengundang kebencian rakyat jika pemimpin berterusan bercakap atau berjanji kosong. Transformasi haruslah diterjemahkan secara jelas agar ianya menjadi realiti.

Saya yakin dan percaya Datuk Seri Najib yang berganding bahu dengan Tan Sri Muhyiddin akan mampu membawa transformasi kepada parti demi kebaikan untuk rakyat dan negara. Konsep "1Malaysia" sebenarnya telah lama dipupuk cuma mungkin sesetengah daripada kita kurang prihatin atau tidak berapa peka.

Ini berlaku di zaman kepimpinan terdahulu termasuklah ketika Tun menjadi Perdana Menteri. Negara kita aman dan makmur. Hari ini konsep tersebut diberi nama "1Malaysia" yang pada hemat saya hanyalah penjenamaan semula dan mungkin ditambah sedikit asam garam baru oleh Perdana Menteri kita yang baru bagi melengkapkan lagi transformasi yang dimaksudkan beliau.

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Hari ini apa yang saya nyatakan tentang "1Malaysia" sebagai penjenamaan semula dan ditambah sedikit asam garam diakui YAB Datuk Seri Najib secara tidak langsung dengan mengatakannya sebagai satu kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu. Kenyataan penuh Datuk Seri Najib di sini.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

2 comments:

Sudah masukkan. Mohon pautan reciprocal.


Terima kasih sudi menyenaraikannya di blog saudara. Insya'Allah pautan ke blog rakan2 perjuangan akan disusuli nanti. Saya masih berusaha mengemaskini blog ASPIRASI BARU dari masa ke semasa.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers