Fairuz Dakwa Namanya Telah Dibersihkan Daripada Siasatan SPRM
PULAU PINANG, 22 April (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang Rabu.
"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Mohamad Fairuz, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April lalu.
Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.
Mohamad Fairuz berkata berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.
Beliau, yang baru mendapat anak lelaki hari ini, menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya.
"Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairuz.
Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
-- BERNAMA - Pautan asal di sini.
April 23, 2009 at 5:07 AM
Adakah Fairus tidak akan mendedahkan konspirasi di pihak PKR yg menikam beliau dari belakang seperti yg dimaklumkan tempohari setelah isu ini diselesaikan? Beberapa hari lalu kita semua dikejutkan dengan ugutan Fairus yg akan membuat pendedahan kepada umum jika nama beliau gagal dibersihkan oleh rakan-rakan pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Apa sebenarnya yg sedang berlaku di sebalik tabir sehingga begitu mudah pula nama Fairus dibersihkan dalam masa yg singkat selepas menyatakan ugutan beliau? Jika ini pemimpin BN sudah pasti pembangkang akan berkata macam2 tapi disebabkan Fairus orang pembangkang maka tentulah PAS, PKR dan DAP tidak akan keluar kenyataan SPRM dibeli dgn wang ringgit.
Ia sudah menjadi lumrah yg difahami rakyat. Sesuatu yg menguntungkan mereka atau memihak kpd mereka (pembangkang) maka tiada kritikan atau kecaman malah SPRM akan mendapat pujian. Jika sebaliknya maka BN yg akan menjadi mangsa.
Ibarat perumpamaan paling dangkal, jika anak tak ke sekolah pun, kerajaan BN yg disalahkan. Isteri sakit, oh itu kerja jahat BN. Waimah kereta rosak tengah jalan pun pasti BN yg akan disalahkan, lebih2 lagi kalau mereka guna kereta proton. Itulah secetek-cetek akal di pihak pembangkang.
Post a Comment
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!
Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.
Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.