ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

DUN Penanti: Pandangan Ketua Wanita UMNO Yang Baru



Shahrizat: "Cukuplah Helah Pembangkang", Sokong Tidak Tanding di Penanti

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB (mStar Online) - Sabtu, 18 April 2009

PETALING JAYA: Wanita Barisan Nasional (BN) berharap semua parti komponen akan menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini berhubung kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil itu tetapi tidak bersetuju dengan helah yang cuba dilakukan pembangkang berhubung peletakan jawatan secara sengaja oleh ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kami Wanita UMNO bersiap sedia tetapi kami tidak bersetuju proses demokrasi negara ini disalahgunakan dan diperlekehkan sehingga rakyat menjadi mangsa oleh kerenah individu dan kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka".

"Cukuplah dengan helah pembangkang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib hari ini berkata, BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihanraya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Semalam, Mohd Najib juga berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan menekankan ia sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Kerusi DUN Penanti yang berada di bawah Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.

Beliau juga telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lalu.

Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers