ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Mahkamah Rayuan Putuskan Zambry MB Perak Yang Sah



PUTRAJAYA - Jumaat, 22 Mei '09: Mahkamah Rayuan sebentar tadi (jam 4:00 petang) telah memutuskan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan dibuat oleh Hakim, Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim, Datuk Zainun Ali dan Hakim, Datuk Ahmad Maarop berhubung rayuan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengenai perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr. Zambry semalam telah menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

Beliau semalam menghujahkan tentang perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan penekanan alasan bahawa Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim telah membuat penghakiman beliau dalam kekhilafan tanpa meneliti sehalus-halusnya peruntukan tersebut.

Menurut hujah Datuk Cecil Abraham semalam, perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan. Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan untuk hadapi undi tidak percaya.

Mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Sebagaimana tenangnya Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, diharapkan kali ini Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga harus tenang menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Hormati sistem kehakiman dan perundangan negara tanpa mengapi-apikan para penyokongnya bagi mencetuskan rusuhan jalanan ekoran keputusan muktamad yang telah dibuat petang tadi.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Kemaskini jam 9:20 pm - berita berkaitan isu di sini.


2 comments:

Saya memang yakin bahawa Zambry akan memenangi kes ini dengan alasan bahawa 31 ADUN telah menyatakan sokongan kepada beliau dihadapan Sultan. Syabas dan Tahniah kepada BN dan Zambry.
Pakatan Pembangkang diminta banyak-banyak bersabar.


Tahniah kepada Datuk Seri Dr. Zambry yang memenangi kes ini dan takziah buat Datuk Seri Nizar yg terpaksa akur dalam keterpaksaan dgn apa yg diputuskan oleh Mahkamah Rayuan petang tadi.

Sekarang tidak timbul lagi soal tuntutan oleh pembangkang agar DUN Perak dibubarkan. Hormati hak majoriti ADUN yang dikuasai oleh BN. Yang berkuasa wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat negeri Perak sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang. Yang tewas jangan sengaja lagi membuat kacau berdasarkan "undang-undang rimba".


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers