ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Khairy Umum Barisan Jawatankuasa Pemuda UMNO Yang Baru



KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mengumumkan barisan jawatankuasa pengurusan Pemuda UMNO yang baru.

Beliau berkata jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Megat Firdouz Megat Junid dilantik sebagai Penolong Setiausaha menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan manakala Datuk Rozabil Abd Rahman sebagai Penolong Bendahari menggantikan Datuk Hamid Nazahar.

Datuk Reezal Merican Naina Merican pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Azimi Daim manakala Setiausaha Kerja ialah Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggantikan Shahrul Zaman Yahya.

"Semoga mereka yang dilantik ini akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas dan majlis angkat sumpah jawatan Pemuda UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata Pemuda UMNO juga merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah memimpin dan meletakkan Pemuda UMNO pada tahap terbaik untuk diwarisi oleh kepimpinan baru dan kepada keempat-empat pemegang jawatan sebelum ini atas sumbangan mereka kepada pergerakan itu.

Mengenai senarai anggota exco pergerakan itu, Khairy berkata beliau akan mengumumkannya setelah berbincang dengan semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri.

"Saya perlu berbincang dengan ketua-ketua perhubungan UMNO peringkat negeri bagi mendapatkan persetujuan mereka mengenai individu yang sesuai untuk dilantik sebagai exco," katanya.

Khairy juga berkata bagi memantapkan organisasi Pemuda UMNO, satu program Khemah Kerja selama tiga hari akan diadakan bermula 1 Mei yang akan melibatkan semua exco dan ketua Pemuda negeri.

Katanya antara pengisian program itu ialah pertukaran idea serta perbincangan secara terbuka tentang cara terbaik dalam pembentukan biro dan unit-unit lain dalam Pemuda UMNO.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

3 comments:

YB Khairy terpaksalah mengambil dua tindakan serentak dalam menerajui Gerakan Pemuda UMNO. Memang cantik movement yang dilakukn sehingga setakat ini. Seterusnya saya akan memerhatikan sejuahmana pelaksanaannya. Kedua diri peribadi belaiu juga harus ada anjakan paradigma yang drastik. Sekarang ini pandasngan rakyat kepada person el beliau adalah negatif. Permainan wang ringgit dalam pencapaian kedudukan jawatan politik beliau masih bermain di minda rakyat. Yang ini harus dibersihkan bersama tindakan pengurusan Gerakan pemuda.


Mohon jangan tapis sebarang komentar dari blogawan. Ini mengambarkan sikap dan ketakutan kita dalam menerima kritikan rakyat awam.


Terima kasih atas pandangan saudara bungaraya.

Mengenai tapisan ia bergantung kepada persepsi masing2. Permulaan yang baik akan menjuruskan sebuah perjalanan yang lancar dan berkesan untuk diakhiri dengan suasana yang lebih baik di kemudian hari.

Blog ini saya wujudkan bertujuan membawa satu Aspirasi Baru yang insya'Allah bakal mewakili sebuah cawangan baru yang akan ditubuhkan dalam masa yang terdekat ini.

Saya berhasrat menjadikan cawangan baru dan medium ini lebih interaktif dan produktif ke arah yang membina.

Tapisan dibuat demi keharmonian berinteraksi sesama kita. Kualiti pendapat atau kritikan diambilkira kerana saya tidak mahu menjadikan blog ini tempat golongan yang tidak bertanggungjawab melempiaskan emosi yang tidak menuruti tatasusila kewarasan akal seorang manusia.

Selama menjadi pemerhati dengan mengunjungi banyak blog-blog politik yang membenarkan mencarut, memaki hamun atau berbahasa kesat telah membuatkan saya mengambil iktibar untuk tidak mengizinkan ianya berlaku di blog ini.

Hanya kritikan positif dan pemblog yang mempunyai akaun sahaja dibenarkan berinteraksi secara dua hala di sini. Kerana itulah saya tidak membuka laluan komentar kepada Anonymous. Kualiti perbahasan wajar diutamakan jika berharapan mencapai objektif yang positif.

Saya harap saudara faham dan maklum dengan pendirian yang saya sampaikan ini. Terima kasih.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers